Skip to main content

Informasi Ringkas tentang Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD) buat Ibubapa



Wabak penyakit HFMD di Pulau Mutiara atau Pulau Pinang sedang melanda dengan lebih 1000 kes direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Pada masa yang sama, kes HFMD di Malaysia sedang menunjukkan peningkatan yang ketara.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau perkara ini dengan teliti dan mengambil langkah strategik dalam mengawal penularan wabak penyakit HFMD di negeri yang terbabit.

Bagaimanapun, masyarakat terutama ibubapa yang mempunyai anak kecil masih perlu cakna dan mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan penularan wabak kepada keluarga mereka.

Berikut adalah beberapa informasi ringkas berkenaan penyakit HMFD.

Epidemilogi Penyakit HFMD
=====
Sehingga 30 Jun 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 27,296 kes berbanding hanya 21,303 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 28%.

Bilangan kes di 12 buah negeri telah melepasi paras amaran kecuali Johor, Sabah dan Sarawak.

Paras amaran adalah purata bilangan kes HFMD untuk lima (5) tahun kebelakangan dan nilainya berbeza-beza mengikut bilangan kes HFMD bagi setiap negeri.

Sehingga kini, di seluruh Malaysia, sebanyak 341 buah taska / tadika / tabika / pra-sekolah telah melaporkan kluster HFMD di premis mereka, iaitu 50% dari jumlah wabak yang dilaporkan pada tahun ini.

Survelan virus HFMD juga mendapati peningkatan aktiviti virus EV71 dalam persekitaran semenjak bulan Mac  2018.

Faktor Jangkitan HFMD
=====
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak  di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika.

Ianya disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71).

Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis kes.

Tanda-tanda dan Rawatan Penyakit HFMD
=====
Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh (7) ke 10 hari.

Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.

Tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan penyakit HFMD.

Tanda-tanda Penyakit Tangan Kaki dan Mulut

Langkah Pencegahan Penyakit HFMD
=====
Bagi menghalang sebaran virus HFMD, KKM menggesa orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska / tadika / tabika / pra-sekolah untuk:

Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak dengan membersihkan dan menyahkuman meja, kerusi serta alatan mainan kanak-kanak tersebut;

Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD. Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya;

Sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum mengendalikan kanak-kanak lain;

Membersihkan dan memastikan kebersihan tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin;

Memastikan lampin pakai-buang dibuang dalam tong sampah bertutup; dan Melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.

KKM juga ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD supaya:

Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut;

Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin; dan Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

Popular posts from this blog

Anda pasti tidak akan membiarkan anak anda bermain gajet terlalu lama selepas membaca artikel ini

Pernahkah anda perhatikan berapa lama anak anda menghabiskan masa bermain telefon pintar / tablet berbanding berlari atau menggunakan imaginasinya untuk bermain? Anda pasti melihat senario di kedai-kedai makan atau pasaraya pabila sang anak mengamuk maka disuapkan kepadanya bukan makanan jasmani tetapi imaginasi sintetik melalui gajet-gajet untuk mendiamkan anak mereka. Sangat biasa di kala ini bukan? Pernahkah anda bertanya anak anda, yang mana lebih seronok, bersiar-siar di taman atau bermain permainan komputer? Ya para ibubapa sekalian. Generasi Z selepas ini sedang menerima wabak penyakit baru berkaitan dengan teknologi. Apakah wabak itu? Kita bersama En. Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang kini mengetuai unit fisioterapi di sebuah klinik swasta untuk menjelaskan apakah wabak yang sedang menimpa generasi Z pada masa kini. Suatu wabak sedang melanda negara kita. Suatu penyakit yang mula pada usia muda dan ia melibatkan perkembangan tulang belakang serta berpote...

Jangan Biarkan Anak Anda Demam Panas! Jika tidak, Anda Mengundang Padah!

Tidak dinafikan, melihat anak terkena sawan demam adalah diantara pengalaman hidup yang memeranjatkan bagi kebanyakan ibu bapa. Mata terbeliak dan mulut kelihatan biru, kaki mengeras dan menjadi kejang. Ini adalah diantara tanda-tanda yang mungkin dapat dilihat ketika anak terkena sawan demam. Apakah  sawan demam? Sawan demam sebenarnya bukanlah suatu penyakit yang khusus. Ia adalah satu keadaan apabila seseorang kanak-kanak mengalami sawan kerana kenaikkan suhu badan atau demam yang bukandisebabkan oleh penyakit/jangkitan di dalam otak atauketidakseimbangan metabolik. Jadi, sawan demam tidak sama dengan penyakit sawan atau epilepsy. Istilah “demam sawan” juga digunakan oleh sebahagian doktor. Siapa yang boleh mengalaiminya? Kanak-kanak berusia 3 bulan sehingga 6 tahun secara teorinya boleh mengalami sawan demam. Tetapi lazimnya sawan demam lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun. Apakah yang patut dilakukan apabila melihat anak saw...

7 Tips Untuk Menjadi Tinggi Secara Natural

Terdapat lambakan produk supplemen untuk menambah ketinggian bagi orang dewasa di pasaran pada hari ini. Apa yang pasti, kebanyakkan produk tersebut hanya menawarkan testimoni dan dipromosikan oleh selebriti tanpa bukti jelas keberkesanan produk tersebut. Namun ingin saya nyatakan di sini bahawa jika anda sudah mencapai usia dewasa, ketinggian TIDAK akan berlaku lagi. Apatah lagi pelbagai scammer mendakwa produk mereka boleh menambahkan ketinggian antara 2cm ke 15 cm. Akan tetapi, sekiranya anda masih muda remaja atau mempunyai anak-anak yang sedang membesar, hah mari saya kongsikan beberapa tips untuk mempercepatkan proses menambah ketinggian anda atau anak anda. ===== 1. Ambil Diet Makanan Yang Seimbang ===== Diet pemakananan yang seimbang akan membuat anda menjadi lebih tinggi dan berasa lebih baik. Apakah diet yang sesuai untuk tumbesaran tulang? Banyakkan pengambilan protein tanpa lemak. Protein seperti beans, kacang soya, dan kekacang dapat membantu meningkatkan p...