Pernahkah anda perhatikan berapa lama anak anda menghabiskan masa bermain telefon pintar / tablet berbanding berlari atau menggunakan imaginasinya untuk bermain? Anda pasti melihat senario di kedai-kedai makan atau pasaraya pabila sang anak mengamuk maka disuapkan kepadanya bukan makanan jasmani tetapi imaginasi sintetik melalui gajet-gajet untuk mendiamkan anak mereka. Sangat biasa di kala ini bukan? Pernahkah anda bertanya anak anda, yang mana lebih seronok, bersiar-siar di taman atau bermain permainan komputer? Ya para ibubapa sekalian. Generasi Z selepas ini sedang menerima wabak penyakit baru berkaitan dengan teknologi. Apakah wabak itu? Kita bersama En. Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang kini mengetuai unit fisioterapi di sebuah klinik swasta untuk menjelaskan apakah wabak yang sedang menimpa generasi Z pada masa kini. Suatu wabak sedang melanda negara kita. Suatu penyakit yang mula pada usia muda dan ia melibatkan perkembangan tulang belakang serta berpote...