Skip to main content

APA YANG PARA IBU DAN BAPA PERLU TAHU TENTANG BAYI KUNING/JAUNDIS ?


Bayi kuning adalah perkara biasa yang sering berlaku kepada bayi yang baru lahir.

Ianya berpunca daripada pelbagai faktor.

Kondisi ini umumnya tidak berbahaya dan biasanya dapat pulih dengan sendirinya.

Namun, kekuningan pada bayi yang melebihi paras normal boleh membawa stress kepada pasangan yang baru menimang cahaya mata.

Sudahlah baru lepas bertarung nyawa melahirkan anak, kemudian diuji pula dengan anak kuning. Terpaksa si ayah dan kadang kala si ibu berulang alik ke klinik kesihatan memeriksa tahap kuning.

Lebih parah, bila si kecil terpaksa pula masuk ke hospital untuk rawatan lanjut bersama ibunya.

Mungkin dengan memahami penyakit kuning ini dapat membantu pasangan bersedia mental dan fizikal menghadapi ujian tersebut.


=====
APA ITU BAYI KUNING DAN ADAKAH SEMUA BAYI AKAN MENDAPAT KUNING SELEPAS LAHIR?
=====

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh peningkatan kadar bilirubin di dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.

50-60% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ianya akan hilang selepas seminggu.

Manakala, 80 peratus bayi yang tidak cukup bulan atau bayi pra-matang akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

=====
BAGAIMANA JAUNDIS BOLEH BERLAKU?
=====

Jaundis berlaku apabila Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi. slide3

Ini kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan untuk mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memproses bilirubin yang berlebihan itu.

Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki.

Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi. Ianya tidak menyebabkan kemudaratan kepada bayi yang sihat.

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi yang menghidapi jaundis boleh mengalami kerosakan sistem saraf pabila tahap bilirubin mereka berada pada tahap yang terlalu tinggi / sangat merbahaya. Ianya dipanggil ‘KERNICTERUS’.

=====
RISIKO UNTUK BERLAKUNYA JAUNDIS TAHAP BAHAYA
=====

1. BAYI PRAMATANG ATAU BERAT BADAN YANG RENDAH slide5

Jaundis paling biasa berlaku bagi bayi yang lahir sebelum 37 minggu kehamilan.

Manakala bagi bayi yang lahir pada 38-39 minggu mempunyai risiko kuning lebih tinggi daripada bayi yang lahir lebih 40 minggu.

Bagi bayi yang berat badan yang sangat rendah (kurang daripada 2kg), risiko kuning juga amat-amat tinggi.

2. IBU BERDARAH JENIS ‘O’ ATAU RHESUS NEGATIF slide6

Bayi yang rhesusnya positif dengan ibunya yang berdarah rhesus negatif serta si ibu berdarah ‘O’ manakala anaknya berdarah A atau B mempunyai risiko kuning yang tinggi.

Perbezaan jenis darah ini menyebabkan sistem pertahanan badan bertindak balas apabila darah ibu dan anak bercampur.

Percampuran darah kedua-duanya boleh berlaku semasa kelahiran atau keguguran. Antibodi ibu kemudian merentas tali pusat ke dalam salur darah bayi lalu merosakkan sel darah merah bayi. Kerosakan sel darah merah ini meningkatkan tahap bilirubin lalu menyebab jaundis.

3. BAYI YANG KEKURANGAN ENZIM G6PD slide7

G6PD deficiency atau nama panjannya kekurangan enzim Glucose-6-phosphate dehydrogenase adalah penyakit genetik darah yang boleh diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain.

Pesakit akan mendapat jaundis apabila terdedah kepada beberapa faktor perangsan seperti kacang parang, sebahagian ubat dan tumbuhan

4. JANGKITAN KUMAN slide8

Jangkitan kuman pada bayi yang baru lahir boleh menyebabkan berlakunya jaundis.

Rawatan terbaik adalah dengan antibiotik pada kadar segera.

5. KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU SELEPAS BERSALIN slide9

Sokongan kepada penyusuan ibu amat penting agar susu ibu dapat diberi dengan secukupnya.

6. CEPHALOHEMATOMA ATAU BENGKAK DI KEPALA slide10

Bengkak di kepala mungkin berpunca jika si ibu meneran terlalu awal atau akibat proses vacum semasa melahirkan bayi.

7. BAYI KEPADA IBU YANG MENGHIDAP KENCING MANIS slide11

Bayi kepada ibu yang menghidap kencing manis kebiasaannya berat badannya boleh mencecah lebih 4kg dan berisiko tinggi mendapat pelbagai komplikasi akibat kencing manis ibunya.

=====
BAGAIMANA MENGETAHUI JIKA BAYI ANDA MENGHIDAP JAUNDIS
=====

Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, maka silalah hubungi jururawat masyarakat atau ke klinik kesihatan berhampiran. slide12

Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah sahaja.

Jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya.

Anda juga boleh memeriksa najis bayi anda. Jika ianya berwarna pucat maka bayi anda mengalami kekuningan.

=====
RAWATAN JAUNDIS
=====

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu: slide13

1. Rawatan ‘Phototherapy’
Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu supaya darah bilirubin akan ditukarkan kepada komponen darah yang tidak bahaya.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ini membahayakan bayi anda.

2. Pertukaran darah (Blood Exchange)
Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

=====
PENYUSUAN IBU
=====

Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. slide14

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Ibu juga perlu diberikan sokongan moral, mendapat air, rehat dan makanan tambahan secukupnya agar susu yang dihasilkan mencukupi dan berkualiti. slide15

=====
ADAKAH RAWATAN TRADISIONAL ATAU ALTERNATIF BERKESAN MERAWAT JAUNDIS?
=====

Menurut Panduan Bayi Kuning yang dikeluarkan oleh pihak KKM, tiada bukti kajian yang berkualiti dapat menyokong penggunaan rawatan alternatif / tradisional di dalam merawat penyakit bayi kuning ini.

Amalan tersebut dibolehkan namun perlu berbincang dengan pihak doktor terlebih dahulu.

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

Popular posts from this blog

Anda pasti tidak akan membiarkan anak anda bermain gajet terlalu lama selepas membaca artikel ini

Pernahkah anda perhatikan berapa lama anak anda menghabiskan masa bermain telefon pintar / tablet berbanding berlari atau menggunakan imaginasinya untuk bermain? Anda pasti melihat senario di kedai-kedai makan atau pasaraya pabila sang anak mengamuk maka disuapkan kepadanya bukan makanan jasmani tetapi imaginasi sintetik melalui gajet-gajet untuk mendiamkan anak mereka. Sangat biasa di kala ini bukan? Pernahkah anda bertanya anak anda, yang mana lebih seronok, bersiar-siar di taman atau bermain permainan komputer? Ya para ibubapa sekalian. Generasi Z selepas ini sedang menerima wabak penyakit baru berkaitan dengan teknologi. Apakah wabak itu? Kita bersama En. Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang kini mengetuai unit fisioterapi di sebuah klinik swasta untuk menjelaskan apakah wabak yang sedang menimpa generasi Z pada masa kini. Suatu wabak sedang melanda negara kita. Suatu penyakit yang mula pada usia muda dan ia melibatkan perkembangan tulang belakang serta berpote...

Jangan Biarkan Anak Anda Demam Panas! Jika tidak, Anda Mengundang Padah!

Tidak dinafikan, melihat anak terkena sawan demam adalah diantara pengalaman hidup yang memeranjatkan bagi kebanyakan ibu bapa. Mata terbeliak dan mulut kelihatan biru, kaki mengeras dan menjadi kejang. Ini adalah diantara tanda-tanda yang mungkin dapat dilihat ketika anak terkena sawan demam. Apakah  sawan demam? Sawan demam sebenarnya bukanlah suatu penyakit yang khusus. Ia adalah satu keadaan apabila seseorang kanak-kanak mengalami sawan kerana kenaikkan suhu badan atau demam yang bukandisebabkan oleh penyakit/jangkitan di dalam otak atauketidakseimbangan metabolik. Jadi, sawan demam tidak sama dengan penyakit sawan atau epilepsy. Istilah “demam sawan” juga digunakan oleh sebahagian doktor. Siapa yang boleh mengalaiminya? Kanak-kanak berusia 3 bulan sehingga 6 tahun secara teorinya boleh mengalami sawan demam. Tetapi lazimnya sawan demam lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun. Apakah yang patut dilakukan apabila melihat anak saw...

7 Tips Untuk Menjadi Tinggi Secara Natural

Terdapat lambakan produk supplemen untuk menambah ketinggian bagi orang dewasa di pasaran pada hari ini. Apa yang pasti, kebanyakkan produk tersebut hanya menawarkan testimoni dan dipromosikan oleh selebriti tanpa bukti jelas keberkesanan produk tersebut. Namun ingin saya nyatakan di sini bahawa jika anda sudah mencapai usia dewasa, ketinggian TIDAK akan berlaku lagi. Apatah lagi pelbagai scammer mendakwa produk mereka boleh menambahkan ketinggian antara 2cm ke 15 cm. Akan tetapi, sekiranya anda masih muda remaja atau mempunyai anak-anak yang sedang membesar, hah mari saya kongsikan beberapa tips untuk mempercepatkan proses menambah ketinggian anda atau anak anda. ===== 1. Ambil Diet Makanan Yang Seimbang ===== Diet pemakananan yang seimbang akan membuat anda menjadi lebih tinggi dan berasa lebih baik. Apakah diet yang sesuai untuk tumbesaran tulang? Banyakkan pengambilan protein tanpa lemak. Protein seperti beans, kacang soya, dan kekacang dapat membantu meningkatkan p...